Kami percaya setiap cetakan dan produk perlu memberi kepuasan kepada pelanggan.
Setiap tempahan akan melalui proses semakan kualiti sebelum dihantar.
Sekiranya terdapat isu kualiti, pelanggan boleh hubungi kami dalam tempoh 3 hari untuk semakan semula.
Kami berusaha memastikan hasil akhir selaras dengan contoh yang telah diluluskan oleh pelanggan.
Untuk memastikan kelancaran proses tempahan:
Tempahan akan disahkan selepas bayaran deposit minimum 50% diterima.
Baki bayaran perlu diselesaikan sebelum penghantaran atau semasa pengambilan.
Tempahan custom design/gift tidak boleh dibatalkan selepas proses produksi dimulakan kerana ia khas untuk pelanggan tersebut.
Kami ingin pastikan hasil rekaan memenuhi jangkaan pelanggan:
Pelanggan digalakkan menyediakan design dalam format berkualiti tinggi (AI, PDF, PNG, PSD).
Jika pelanggan memerlukan bantuan, kami sediakan servis design tambahan dengan caj berpatutan.
Proses proofing (semakan design) adalah penting – hanya design yang telah diluluskan pelanggan akan dicetak.
Kami menawarkan pilihan mudah mengikut keselesaan pelanggan:
Self-pickup di kedai atau delivery melalui kurier/pos.
Caj penghantaran ditanggung pelanggan kecuali ada promosi tertentu.
Kami akan membantu sekiranya berlaku kelewatan atau kerosakan oleh pihak kurier, walaupun ia di luar kawalan kami.
Kami menghargai kepercayaan pelanggan dan ingin memastikan pengalaman terbaik:
Produk custom tidak boleh dipulangkan kerana ia direka khas untuk pelanggan.
Namun, jika berlaku kesilapan cetakan atau kecacatan produk dari pihak kami, pelanggan layak mendapat gantian atau refund.
Laporan perlu dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja selepas barang diterima.
Kami menjaga maklumat pelanggan dengan penuh integriti:
Segala data pelanggan hanya digunakan untuk tujuan tempahan & komunikasi.
Kami tidak akan berkongsi maklumat pelanggan dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran.
Kami percaya pelanggan adalah rakan perniagaan kami:
Sebarang pertanyaan akan dijawab dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.
Kami komited memberikan layanan mesra, profesional, dan penyelesaian terbaik.
Aduan atau maklum balas pelanggan amat dihargai untuk penambahbaikan servis kami.